MAKSUD TEKNOLOGI |
TEKNOLOGI, APAKAH YANG KITA KETAHUI MENGENAINYA Kalau saya ditanya apakah itu ’teknologi’, jawapan saya akan berasaskan kepada maknanya mengikut yang terdapat di dalam kamus iaitu ‘penggunaan pengetahuan sains untuk mempertingkatkan atau memajukan cara hidup manusia, atau kaedah saintifik yang digunakan dalam sesuatu bidang yang tertentu.’ Dan kalau saya rujuk kepada Wikipedia iaitu ensiklopedia bebas pula penjelasan yang saya dapati ialah “pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah manusia”. Sebagai kegiatan manusia, teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk alatan, mesin ataupun proses.’ Kemudian kalau saya buat carian lagi di ensiklopedia yang sama, saya akan mendapat satu penjelasan yang lebih lanjut iaitu seperti berikut: ‘Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.’ Itulah ‘teknologi’. Dan makna serta tafsirannya, akan berubah berpandukan kepada perubahan pengetahuan kita. Hari ini perkataan teknologi selalu disebut-sebut. Tapi malangnya, sedikit benar antara kita yang betul-betul memahami apa yang dimaksudkan. Bukan itu sahaja bahkan ada juga di antara kita yang tidak begitu arif akan faedah dan manfaatnya. Jadi apa yang sebenarnya kita hadapi ialah keadaan yang diwujudkan oleh masyarakat sendiri, iaitu pada fahaman kita mungkin dengan menggunakan perkataan ini iaitu ‘teknologi’ kita akan dianggap sebagai antara yang tergolong dalam kumpulan insan yang berilmu pengetahuan yang luas, sedangkan sebenarnya ‘teknologi’ itu adalah hanya satu perkataan yang telah kita perolehi dalam kita berinteraksi dengan yang arif mengenainya. Dan kita pun berasa bangga. Sedangkan kita sebenarnya tidak faham, dan lebih jauh kita tidak mengetahui apakah yang dianggap sebagai ‘teknologi’ … jenis atau kategorinya … dan apakah gunanya atau bagaimanakah hendak kita gunakan dalam kehidupan kita. Ini membawa saya kepada pendapat para ilmuan iaitu pengetahuan atau fahaman yang cetek mengenai satu-satu perkara itu, adalah membahayakan dan kadang kala akan menyusahkan kita pula. Jadi yang perlu kita lakukan ialah mengetahui sedalam-dalamnya ehwal teknologi … apakah dianya, jenis-jenisnya, faedah atau manfaat darinya, dan bagaimana hendak kita gunakannya. Kita ambil satu contoh … teknologi maklumat dan komunikasi atau ringkasnya ICT (Information and Communications Technology). Jika kita teliti maksudnya akan disedari bahawa ICT adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat, bertukar maklumat, menyediakan maklumat, berkongsi maklumat, dan komunikasi pula membawa makna cara dan kaedah kita berhubung antara satu sama lain iaitu untuk tujuan melibatkan diri dalam perkara maklumat tadi. Dalam hal ini juga, teknologi ini perlu kita fahami secukupnya, iaitu sebelum kita cuba menceburkan diri di dalamnya. Kalau tidak kita akan merugikan masa dan tenaga sahaja. Mungkin kita berasa bangga, terutama dalam scenario desa, bahawa kita menceburkan diri dalam teknologi ini. Mungkin kira berasa megah kerana kita telah boleh melayari lamanweb-lamanweb dari seluruh dunia. Akan tetapi bolehkah cuma melayari lamanweb sahaja kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang kita cari. Utamanya, fahamkah kita apa yang terkandung di dalam lamanweb itu? Fahamkah kita bahasa yang digunakan? Dan banyak lagi. Yang pentingnya sekarang ialah bahawa teknologi ini, kita sedari atau tidak, ialah satu konsep sains … sains untuk mencari, mencapai dan mendapatkan maklumat demi melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita ke satu penghidupan yang lebih baik di masa hadapan. Pernah disebut-sebut bahawa zaman kini ialah zaman maklumat. Segala-galanya dalam kehidupan kita hari ini adalah bersandarkan kepada maklumat atau ilmu pengetahuan. Tanpa pengetahuan, atau kurang pengetahuan kita akan ketinggalan. Pandangan saya ini, adalah satu pandangan yang praktikal. Kepada saya, teknologi ini iaitu teknologi maklumat adalah satu-satunya kemudahan atau kaedah yang membolehkan kita mendapatkan maklumat, memperkayakan diri kita dengan pengetahuan. Yang perlu kita lakukan sekarang, ialah fahamilah sedalam-dalamnya maksud dan tujuan teknologi yang sedang kita hadapi atau yang sedang dibawa kepada kehidupan kita. Gunakan teknologi ini secara maksima. Dan faedahnya akan kita nikmati kelak. |
Hubungan Islam Dengan Sains Dan TeknologiDitulis oleh Abu Bakar Bin Yang. Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelilingnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah maka Islam sangat menuntut umatnya mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun. PENCAPAIAN DAN REALITI Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa dahulu, umat Islam adalah umat yang sangat dihormati kerana ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rush, Al Khawarizmi, Al Biruni adalah di antara tokoh-tokoh yang tidak asing lagi samada di dunia Timur ataupun Barat. Penghormatan yang diterima ini adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains dan teknologi serta pegangan yang kukuh terhadap Al Quran dan Hadis. Sungguhpun umat Islam telah menunjukkan kehebatan yang tiada tandingnya pada masa lampau, tetapi kini suasana yang wujud adalah jauh berbeza. Umat Islam sekarang tidak lagi menguasai bidang sains dan teknologi, sebaliknya ilmu tersebut telah berpindah dan dikuasai oleh masyarakat Barat dan Timur Jauh. Apa yang lebih malang lagi ialah bilamana umat Islam itu sendiri sudah hilang identiti Islamnya dan tidak lagi dihormati. ANUGERAH AKAL Islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada baginda junjungan nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap dan sempurna serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sementara kejadian manusia yang serba indah ini pula dihiasi dengan anugerah akal oleh Allah kepada manusia untuk berfikir. Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan ini sangatlah besar. Ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi juga untuk "melihat" kebenaran. Dengan sebab itulah Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menggunakan akal demi untuk mencari kebenaran. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang diakhiri dengan Allah bertanya kepada manusia seperti, "Tidakkah kamu menggunakan akal" dan "Tidakkah kamu memikirkan". Baca Selengkapnya di Portal Rasmi INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIIM) |
TeknologiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sainsyang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. |
Tafsiran perkataan ‘teknologi’Hingga kini masih ramai antara kita yang menganggap bahawa teknologi yang disebut-sebut itu adalah yang berkait dan melibatkan maklumat, iaitu yang dipanggil ‘teknologi maklumat’. Memang inilah pandangan dan pengertian orang-orang biasa atau anggota masyarakat ‘layman’ terhadap perkataan ini Manakan tidak kerana pengertian inilah yang selalu ditonjolkan dalam akhbar atau lain-lain saluran media massa. Bila disebut sahaja ‘teknologi’ maka yang terlintas di kepala ialah ‘teknologi maklumat’. Sebenarnya teknologi melibatkan pelbagai bidang atau aktiviti kehidupan kita. Pendek kata tiap aktiviti yang berkait dengan kehidupan seharian kita ada hubungannya dan ada melibatkan teknologi. Bidang-bidang aktiviti utama dalam kehidupan masyarakat desa umpamanya melibatkan teknologi iaitu seperti teknologi pertanian, teknologi ternakan, teknologi perikanan, teknologi perushaan desa dan seumapamanya. Selain dari itu bidang-bidang seperti perubatan, kesihatan, pelajaran, pembangunan keluarga, kejeruteraan, pembinaan, pengeluaran, komunikasi dan lain-lain lagi juga melibatkan teknologi. Mungkin banyak lagi bidang aktiviti, terutama sekali dalam bidang sains yang banyak menggunakan teknologi. Semua bidang aktiviti ini memerlukan dan menggunakan teknologi dalam proses-proses yang terlibat dalam operasi dan pelaksanaan masing-masing. Jadi adalah menjadi antara tujuan utama PUSAT TEKNOLOGI ini untuk cuba memberI penerangan dan penjelasan selengkapnya mengenai perkataan atau subjek ‘teknologi’ ini, supaya tidak wujud sebarang kekeliruan. Kefahaman dan penghayatan pengetahuan ini adalah amat penting dalam usaha kita untuk merapat dan mencebur diri dalam teknologi dalam kehidupan kita di zaman yang serba moden hari ini. Pihak kami dari masa ke semasa akan memberi cerita, kisah, berita dan peristiwa mengenai berbagai teknologi yang kita gunakan atau akan gunakan dalam perjalanan hidup kita seharian. |