SELAMAT DATANG KE PUSAT TEKNOLOGI 

TERKINI:

PROGRAM MEMBAWA TEKNOLOGI KE PANGKUAN MASYARAKAT DIMULAKAN

BANDAR PUNCAK ALAM - Jumaat 14 Feb.    Satu usaha untuk membawa ilmu dan teknologi kepada anggota masyarakat secara tersusun dan profesyenal sedang dilaksanakan sekarang.  Jurucakap pihak penganjur EPC TECHNOLOGIES menyatakan bahawa ilmu dan teknologi terkini pelbagai bidang aktiviti yang terlibat dalam kehidupan seharian anggota masyarakat, terutama masyarakat desa telah pun dikenalpasti.

Katanya kajian mengenai program ini mengambil masa lebih 10 tahun.  Percubaan-percubaan telah dilaksanakan untuk menentukan program ini akan membawa penghasilan seperti  diharapkan,  yang pada akhirnya mewujudkan sebuah masyarakat dan bangsa  berilmu bersedia menghadapi zaman-zaman mendatang yang lebih mencabar.

Katanya lagi,  ‘Program yang diwujudkan ini adalah sebagai menokok tambah usaha-usaha yang dirancang dan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.’

Program ini akan dilaksanakan melalui PUSAT-PUSAT TEKNOLOGI yang akan ditubuhkan pada peringkat-peringkat negeri,  daerah dan kampong.  Pada akhirnya kemudahan yang dibawa akan meliputi seluruh Negara.

Jurucakap itu menambahkata,  ‘Hasrat dan cita-cita kami adalah besar,  tetapi kami percaya dan yakin bahawa ianya akan membawa faedah dan manfaat kepada masyarakat seluruhnya.’  Katanya yang penting satu usaha perlu dimulakan kearah ini.

Program ini akan dilaksanakan dengan bantuan dan kerjasama dari beberapa orang pakar dan individu serta badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan. 

MENGENAI 'PUSAT TEKNOLOGI' 

PUSAT TEKNOLOGI akan menjadi tempat di mana masyarakat dapat melibatkan diri dalam pelbagai bidang dan aspek teknologi yang berkait rapat dengan aktiviti seharian masyarakat desa.  Ini termasuklah bidang-bidang aktiviti yang khususnya bertumpu di kawasan desa iaitu seperti peftanian,  ternakan,  perikanan,  perushaan desa,  pembangunan keluarga,  pembangunan insan,  dan juga pembelajaran.  Bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan disertakan.

Untuk tujuan ini PUSAT TEKNOLOGI akan menggunakan setiap saluran komunikasi yang terdapat hari ini,  termasuklah saluran ICT.

Nama PUSAT TEKNOLOGI dicadangkan kerana ia lebih menyeluruh dan dapat dengan mudah difahami oleh masyarakat desa.

Misi program ini ialah  'Untuk memperkasakan pembangunan komuniti,  terutama sekali komuniti desa,  kearah menghadapi cabaran-cabaran di zaman-zaman mendatang.'

<<<< Projek PUSAT TEKNOLOGI                                                          MAKSUD 'TEKNOLOGI'  >>>> 

TERKINI

KONSEP PEMBELAJARAN BANTU MASYARAKAT PELAJAR

BANDAR PUNCAK ALAM  25 Feb.  -  Satu program untuk menokok-tambah kaedah dan yang merupakan satu cara pembelajaran dan pendidikan sedang diwujudkan untuk diperkenalkan.   Ianya juga merupakan satu langkah yang diambil kearah mewujudkan satu suasana menjurus kepada pendidikan secara total.

Program ini yang dinamakan PROGRAM TUTORIAL UNTUK PELAJAR akan memberi penekanan yang menentukan bahawa seorang pelajar itu akan mengenali mata pelajaran yang dipelajari,  menyukainya,  memahaminya  dan  menghayatinya.   

Jurucakap pihak penganjur,  EPC TECHNOLOGIES,  menyatakan,  "Cara ini dipercayai akan menyebabkan pelajar itu ingin mengetahui mata pelajaran tersebut dengan lebih lanjut,  dan seterusnya akan cuba mendapatkan bahan-bahan tambahan yang akan memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuannya.  Ia akan menambahkan lagi minat pelajar terhadap pelajarannya,  yang akan membantunya menghadapi kehidupan di masa mendatang." 

BERSEDIALAH KE MASA HADAPAN DENGAN BERBEKALKAN ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI TERKINI 

HALAMAN-HALAMAN DI 'PUSAT TEKNOLOGI' 

PELAJARAN dan PEMBELAJARAN 

Matlamat utama pembelajaran,  tidak kira di peringkat apa saja,  ialah untuk menentukan bahawa kecemerlangan dicapai oleh para pelajar.  

PEMBANGUNAN KELUARGA 

Institusi keluarga adalah satu entiti penting dalam kehidupan satu masyarakat dan bangsa itu.  Keruntuhan institusi keluarga boleh menjadi penyebab keruntuhan satu-satu masyarakat dan bangsa itu. 

PEMBANGUNAN INSAN 

Dalam era pembangunan hari ini,  pembangunan insan tidak seharusnya dipinggirkan.  Ia harus dilaksanakan seiring dengan pembangunan fisikal sesebuah negara itu.  Ianya amat penting diberi perhatian.

PERTANIAN 

Pertanian ialah aktiviti utama dan terpenting di kalangan masyarakat desa.  Kebanyakan dari mereka menumpukan perhatian kepada aktiviti ini sebagai sumber rezeki untuk menyara kehidupan keluarga.

  PUSAT TEKNOLOGI akan membantu.

TERNAKAN 

Walaupun banyak peruntukan disediakan untuk pembangunan sektor ternakan,  dan banyak pula projek-projek ternakan dilaksanakan, akan tetapi senario sebenarnya menggambarkan bahawa jumlah anggota masyarakat desa yang terlibat dalam projek-projek ini,  terutama yang menggunakan teknologi terkini,  adalah kecil.   

PERIKANAN 

Pada besarnya industri perikanan negara boleh dianggap sebagai satu industri bermusim,  atau dipengaruhi dan tentukan oleh keadaan cuaca.  Umpamanya di musim tengkujuh,  aktiviti menangkap ikan di laut akan terhad.  Ini pula akan menyebabkan sumber pendapatan mereka yang terlibat di dalam industri atu aktiviti ini akan terhad.

PERUSHAAN DESA 

Perushaan desa,  yang pada satu masa dulu dikategorikan sebagai perushaan keraf,  hari ini sudah pun menaikkan tarafnya kepada satu industri yang boleh ditempatkan di persada antarabangsa. 

TOKOH SAINS dan TEKNOLOGI

Pakar dan ahli sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.  Kajian dan penyelidikan yang mereka laksanakan,  hasilnya telah memabawa kesejahteraan,  keceriaan dan kenaikan taraf hidup kita hari ini. 

PERUNDANGAN

Ramai antara kita kurang arif atau kurang mengetahui mengenai hal-hal berkaitan dengan undang-undang dan perundangan.  Halaman ini akan cuba merapatkan kita kepada perkara yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. 

Sila klik pada tajuk Halaman untuk membaca kandungannya. 

BERITA MENARIK 

10 JULAI 2014

400 durian kacuk

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sehingga kini telah menghasilkan kira-kira 400 durian kacukan Hibrid F1 sejak pertama kali persilangan baka dijalankan pada tahun 1990.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Antarabangsa dan Kualiti MARDI, Ab. Ghani Mohammed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 jenis Hibrid F1 terbaik dipilih untuk menjalani proses penilaian intensif sebelum dikomersialkan.

“Proses kacukan ini dijalankan bagi mendapatkan baka durian yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang tinggi . Sebagai contoh, daya ketahanan terhadap penyakit yang tinggi dan hasil yang dikeluarkan termasuk isi tebal serta rasanya.  UTUSAN ONLINE   

Klinik Usahawan Tani

Kerajaan menerusi pelbagai agensinya sedang giat meningkat dan memajukan sektor pertanian terutamanya bagi menarik semula minat golongan belia dalam menceburi sektor tersebut.

Oleh itu, inisiatif Kelab Usahawan Tani Malaysia (Kuat) yang menganjurkan Klinik Usahawan Tani Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai senada dan seirama dengan hasrat kerajaan untuk menjana transformasi pertanian menerusi pengetahuan.  UTUSAN ONLINE   

El-Nino:  Tasik Putrajaya Mungkin jadi Sumber Air Baharu

SEPANG: Tasik Putrajaya akan menjadi antara lokasi yang berkemungkinan dipilih sebagai sumber air bagi para pengguna sekitar Lembah Klang sekiranya paras empangan air di sekitarnya berada di tahap kritikal ekoran fenomena El-Nino yang dijangka berlaku hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain itu, tasik lain seperti di Mines, Seri Kembangan dan beberapa lokasi turut terpilih sekiranya Kementerian Kesihatan mengesahkan tasik-tasik berkenaan selamat untuk digunakan.  mStar Online

Pemerintah Pijamkan Tanah untuk Pertanian Warga

REPUBLIKA.CO.ID, MUKOMUKO -- Pemerintah Kabupaten Mukomuko, Bengkulu, meminjamkan aset negara berupa tanah seluas dua hektare sebagai lahan usaha bagi sejumlah warga yang tidak punya lahan pertanian.

"Tanah itu milik pemerintah, tetapi warga yang menggarapnya untuk lahan usaha mereka," kata Kepala Badan Penyuluhan Pertanian dan Ketahanan Pangan (BP2KP) Kabupaten Mukomuko, Sukiman, di Mukomuko, Jumat (27/6).   REPUBLIKA ONLINE

Pemerintah Diminta Mendukung Pertanian Keluarga

Tahun ini adalah tahun pertanian keluarga internasional. Perserikatan Bangsa-Bangsa pun berusaha meningkatkan kesadaran perihal pertanian dan ketahanan pangan. Dalam pasar global yang begitu kompetitif, bagaimana pertanian keluarga bisa bertahan?

Menurut seorang petani dari New South Wales, Australia, Linda Chalmers, salah satunya adalah dengan berpikiran terbuka.

"Saya rasa, salah satu yang bisa kita lakukan adalah tetap positif, semangat, percaya akan usaha kita, dan cari cara agar kita tetap bisa berkembang sebagai bisnis," jelasnya.   TEMPO ONLINE

RAMALAN CUACA KAWASAN KUALA LUMPUR 

KHAMIS  10 JULAI 2014

 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan

 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 34 °C


Sumber: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

HARI INI DALAM SEJARAH 

10 JULAI 1971

PERASMIAN PEMBUKAAN KILANG WANG BANK NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kilang Wang Bank Negara yang terletak di Batu Tiga, Shah Alam telah dirasmikan pembukaannya. Upacara perasmian dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin. 

Bangunan kilang wang ini pada mulanya adalah merupakan pejabat mata wang Bank Negara. Ia kemudiannya telah diubah suai menjadi kilang wang dengan mendapat nasihat dari pakar-pakar luar negeri.

SUMBER: ARKIB NEGARA MALAYSIA

FALSAFAH KAMI

PUSAT TEKNOLOGI akan merupakan satu entiti penting dalam kehidupan kita,  terutama kepada anggota masyarakat desa dan juga anggota masyarakat lainnya yang inginkan kesejahteraan,  kebahgiaan,  kegemilangan dan kejayaan di masa akan datang.

Falsafah kami pada besarnya ialah bahawa isi kandungan lamanweb ini diharap akan membawa satu kehidupan baru kepada kita semua,  sambil memacu kita ke dunia yang lebih mencabar dengan lebih bersedia lagi.  

Maka oleh itu,  kami mempunyai harapan semoga yang dipaparkan di dalam halaman-halaman lamanweb ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada kita semua untuk mencapai matlamat kita.

ALAMAT EMEL KAMI     epcteknologi@gmail.com