PROJEK 'PUSAT TEKNOLOGI' 

EHWAL PROJEK 

Projek ini adalah satu usaha yang dirasakan praktikal membawa kepada masyarakat desa pengetahuqan teknologi terkini dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan kehidupan mereka.

Ia merupakan satu cara mewujudkan satu pusat di mana segala-galanya mengenai teknologi dapat diperolehi.  Dengan lain-lain perkataan  PUSAT TEKNOLOGI  ini adalah satu kaedah atau sistem di mana segala ehwal mengenai teknologi terkumpul di bawa satu bumbung dan boleh dicapai dengan mudah oleh yang berminat mengenainya.

Memang tidak boleh dinafikan,  dan kita amat sedar,  bahawa masyarakat desa adalah tergolong dari insan yang sentiasa gigih berusaha,  rajin,  penuh azam,  dan sentiasa berfikir bagaimana hendak menaikkan taraf kehidupan mereka supaya dampai ke satu tahap yang lebih tinggi,  supaya jurang di antara mereka dengan masyarakat bandar dapat dipisahkan sama sekali.  Kita sedar juga sejak berzaman masyarakat desa memang menjadi tulang belakang kepada bangsa dan negara.

Masyarakat desa hidup dalam suasana aman damai,  sentiasa cukup dalam segi keperluan harian,  dan belum pernah lagi kita dengar masyarakat desa kelaparan.

Pendek kata,  mereka hidup satu kehidupan yang  'simple'  atau yang mudah.  Dengan tenaga,  keazaman,  kerajinan,  semangat juang dan berdedikasi,  mereka sudah berazam hidup dalam keadaan sedemikian,  dan gembira dengannya.

Yang perlu ditokoktambah hari ini ialah ilmu pengetahuan mengenai teknologi-teknologi terkini yang mungkin dapat menyempurnakan lagi kehidupan mereka.

Inilah usaha-usaha murni yang ingin dibawa oleh  PUSAT TEKNOLOGI .  Kita tidak mahu anggota masyarakat desa,  sama ada secara menyeluruh atau pun secara individu,  ketinggalan atau terpinggir dalam arus pembangunan dan kemajuan negara.

Secara khususnya  PUSAT TEKNOLOGI  ini mengandungi bahan,  program  dan  aktiviti yang dengannya dapat dibawsa bersama teknologi terkini ke kawasan desa.  Kandungan projek ini secara kasarnya ialah cara dan kaedah teknologi ini disampai dan disebarkan kepada anggota masyarakat.

Di dalam perancangan pelaksanaannya,  PUSAT TEKNOLOGI  akan menggunakan semua saluran komunikasi  iaitu  seperti media elektronik  (radio dan televisyen),  teknologi maklumat  (saluran Internet),  komunikasi  (taklimat,  bengkel,  simposium  atau  persidangan),  media ceta   (akhbar dan majalah)   dan lain-lain saluran yang sesuai dan relevan.

Kita akan menggunakan apa juga cara untuk menyebarkan ilmu teknologi terkini ini kepada tiap anggota masyarakat desa.

Rasanya sudah tibalah masanya,  keutamaan atau prioriti diberikan kepada ilmu pengetahuan untuk menjana keadaan masa depan kita dengan lebih sempurna lagi.  Dengan sifat-sifat sedia ada di kalangan tiap anggota masyarakat desa,  maka usaha ini akan mendapat sambutan dan akan memberi ransangan kepada mereka untuk terus maju ke masa hadapan.

Memang kenalah kata-kata bijak pandai yang berbunyi:  "Masa depan kita adalah di tangan kita sendiri.  Kita sendirilah yang boleh mencorak masa yang mendatang dalam kehidupan kita."

TUJUAN DAN OBJEKTIF 

Tujuan dan objektif projek ini ialah:

  • Memperkasa dan memartabatkan masyarakat,  terutama masyarakat desa,  dalam usaha meningkatkan lagi taraf kehidupan mereke.
  • Memperkamaskan lagi usha meningkatkan kefahaman dan literasi masyarakat desa terhadap bidang-bidang yang berkaitan dan relevan dengan pembangunan mereka.
  • Mewujudkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat desa terhadap sains dan teknologi yang boleh menyediakan mereka menghadapi masa mendatang dengan lebih tabah,  penuh azam  dan  bersedia lagi.
  • Mewujudkan satu suasana untuk membolehkan mereka memajukan diri dalam bidang-bidang aktiviti yang boleh membawa mereka kepada kecemerlangan dan kesejahteraan hidup.

FUNGSI PROJEK 

PUSAT TEKNOLOGI  mempunyai pelbagai fungsi dalam usaha membawa teknologi kepada masyarakat desa.

Antaranya ialah:

  • Melaksanakan perancangan dan pelaksanaan secara strategik,  program dan projek dalam pelbagai bidang aktiviti yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di kawasan desa.  Program-program ini akan disalurkan melalui saluran-saluran komunikasi dan media elektronik,  iaitu selain dari saluran ICT.
  • Menganjurkan kajian dan penyelidikan sosio-ekonomik-politik untuk tujuan mewujudkan satu profil komprehensif masyarakat desa.
  • Merancang dan menganjurkan program-program dalam bidang pembangunan insan dengan tumpuan perhatian kepada keperluan sosio-ekonomi masyarakat desa.
  • Merancang dan menganjurkan kursus,  bengkel,  simposium  dan  seminar yang bertujuan untuk membolehkan pertukaran idea,  pengalaman dan ilmu pengetahuan,  dalam pelbagai bidang aktiviti pembangunan insan dan masyarakat.
  • Menyediakan hasil dan lapuran kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi penyelidikan Kerajaan,  dengan tujuan menggunakannya sebagai satu pemangkin dan panduan kepada pembangunan insan dan masyarakat.

KESIMPULAN 

Projek  PUSAT TEKNOLOGI  ini dengan sendirinya akan dapat membantu secara terus anggota masyarakat desa dalam menghadapi masa hadapan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan,  lebih tabah dan penuh keyakinan lagi.

Projek ini juga merupakan satu usaha untuk merealisasikan hasrat bangsa untuk membawa ilmu pengetahuan yang amat diperlukan dalam era sains dan teknologi hari ini.

Projek ini akan dilaksanakan secara profesyenal tanpa mengira apa juga konsep dan pemikiran serta ideologi anggota masyarakat sasaran.

Yang pentingnya,  projek PUSAT TEKNOLOGI  ini akan dapat menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,  sesuai dengan keperluian zaman semasa dan zaman-zaman mendatang.

Untuk mengikuti sepenuhnya ehwal  Pusat Teknologi  yang membawa  TEKNOLOGI KE PANGKUAN MASYARAKAT silalah klik pada  KERTAS PENERANGAN  yang disediakan untuknya. 

Hak Penulis Terpelihara (c) EPC Technologies  2013