PEMBANGUNAN INSAN

ILMU PENGETAHUAN PERLU DIUTAMAKAN 

Alaf baru,  era teknologi tinggi,  era teknologi maklumat dan komunikasi,  era globalisasi ... mewujudkan pelbagai cabaran yang harus dihadapi dalam kehidupan manusia.  Tentu sekali zasman yang sedang dilalui hari ini memerlukan kita berusaha dengan lebih gigih dan penuh komitmen,  sambil mencari cara dan kaedah yang sesuai,  bagi digunakan sebagai senjata dan pemangkin dalam perjuangan hidup kita.

Tida boleh dinafikan bahawa kehidupan kita kini berlandaskan ilmu dan pengetahuan.  Tiap gerak langkah yang kita ambil dibimbing dan dipimpin ilmu pengetahuan.  Ia mempengaruhi hidup kita ... cara kita berfikir,  cara kita menyusun strategi hidup kita,  cara kita membuat keputusan,  cara kita bertindak  dan  lain-lain lagi.   Ia menentukan masa depan kita.  Tercicir kita dalam usaha mencarinya,  maka akan tercicirlah kita dalam kehidupan kita,  dan gelitalah masa depan kita.

Dalam hal ini,  sedarlah kita bahawa ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dan ia juga menjadi agenda utama dalam hidup kita.

Jika kita lihat pada keadaan masyarakat hari ini,  akan kita dapati bahawa usaha mencari dan menimba ilmu tidak begitu mendapat perhatian atau penglibatan segolongan besar masyarakat.  Ini mungkin disebabkan oleh kehidupan manusia hari ini lebih berorientasikan dan memberi tekanan kepada soal kebendaan.  Manakan tidak,  kerana kehormatan dan sanjungan lebih diberi kepada yang berumah besar,  bekereta mewah,  berladang luas,  tetapi kurang diberi kepada pada ilmuan dan cerdik pandai.

Jadi kepada golongan ini,  ilmu pengetahuan tidak mendapat 'centre stage'.  Ini jugalah satu dari sebab mengapa tahap literasi di kalangan masyarakat kita.agak rendah jika dibandingkan dengan lain-lain masyarakat membangun di persada antarabangsa.

Literasi yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya literasi dalam perkara boleh membaca,  menulis  dan  mengira,  akan tetapi literasi dalam bidang-bidang tertentu dalam kehidupan.  Atau lebih tepat,  literasi dalam subjek-subjek yang boleh membantu kita hidup dengan lebih cemerlang,  sejahtera,  bahagia dan berilmu.  

 Ilmu pengetahuan adalah perkakasan,  peralatan dan mekanisma yang terpenting dalam kehidupan kita.

Kita telah menghadapi keadaan tidak selesa,  terutama sekali apabila kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita mengambil tindakan.  Tindakan yang kita ambil itu,  kadang kala dipengaruhi oleh emosi yang dihasilkan pula oleh keadaan sekeliling.  Kemungkinannya tindakan seperti ini tidak akan membawa keuntungan,  faedah  atau manfaat kepada kita.

Dalam kehidupan seharian kita,  banyak perkara yang berlaku ... sama ada yang baik mahupun yang buruknya.  Apapun keadaan ini akan mempengaruhi perjalanan hidup kita ... dan tindakan kita memainkan peranan yang amat penting.

Kita lihat keadaan kita hari ini ... apakah yang perlu kita lakukan untuk menentukan bahawa masa depan kita lebih ceria,  sejahtera  dan  cemerlang.   Dan apakah yang perlu kita laksanakan untuk merealisasikan keadaan dan suasana ini.

Kalau kita fikirkan,  rata-rata pengetahuan kita boleh membantu.  Apakan tidak,  kerana p;engetahuanlah yang boleh menjamin bahawa tindakan yang kita ambil itu adalah yang sepatut dan sewajarnya.

Dalam hal ini,  kita harus fikirkan apakah ini semua.  Dan apakah pengetahuan yang harus ada pada kita.  Dan apabila fikiran kita sampai pada tahan ini,  maka akan bertanyalah pula kita bagaimana hendak kita perolehi pengetahuan itu ... atau ilmu pengetyahuan itu ... tambahan pula kalau umur kita sudah pun jauh meninggalkan zaman remaja,  bagaimanakah hendak kita hadapan suasana mempelajari ilmu pengetahuan ini.

Ini rasanya akan membawa kita kepada pandangan dan pendapat bijak pandai,   bahawa perjalanan kita mendapatkan ilmu pengetahuan tidak sepatutnya dihalan oleh umur kita,  kerana dalam agama kita pun ada dikatakan bahawa usaha mencari ilmu pengetahuan itu adalah untuk sepanjang hayat kita.

Jadi yang harus kita cari sekarang,  ialah kaedah yang boleh kita gunakan untuk ini.  Ini membawa kita kepada teknologi-teknologi terkini yang boleh membantu.