TOKOH SAINS & TEKNOLOGI 

PENGENALAN 

Sebagai permulaan kita rujuk kepada artikel mengenai SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM di WIKIPEDIA ensiklopedia bebas:

"Dalam sejarah sains,  sains Islam merujuk kepada sains yang dikembangkan dalam lingkungan tamadun Islam di antara abad ke-8 dan ke-16, sewaktu apa yang disebut sebagai Zaman Kegemilangan Islam. Ia juga dikenali sebagai "sains Arab" kerana kebanyakan teks pada zaman itu ditulis dalam bahasa Arab, bahasa yang menjadi lingua franca tamadun Islam. Namun, bukan semua ahli sains pada zaman itu Muslim atau Arab. Sebilangan ahli sains terkemuka yang menyumbang kepada sains dalam tamadun Islam bukan berketurunan Arab (yang paling terkemuka ialah orang Parsi), dan ada juga ahli sains yang bukan Muslim.

Ada beberapa pandangan berlainan di kalangan sejarawan sains berkaitan sains Islam . Pandangan traditional, contohnya pandangan yang dipegang Bertrand Russell, memegang bahawa sains Islam, sementara mengkagumkan dalam banyak cara, berkurangan tenaga intelek yang diperlukan untuk membuat inovasi, dan nilai utamanya ialah sebagai penyimpan ilmu kuno dan pengirim kepada Eropah Zaman Pertengahan. Para pengulang kaji seperti Abdus Salam dan Geoge Saliba, pula berpegang bahawa suatu Revolusi saintifik Islam muncul sewaktu Zaman Pertengahansatu ungkapan yang digunakan para sarjana seperti Donald Routledge Hill dan Ahmad Y Hassan untuk menyatakan pandangan bahawa Islam merupakan daya pendorong pencapaian orang Islam. Robert Briffault, seorang sezaman dengan Russell, pula melihat sains Islam sebagai pengasas sains moden. Pandangan pengajian terkini seperti ditonjolkan Toby E. Huff, Will Durant Feilding H. Garrison,  Muhammad Iqbal,  Hossein Nasr dan Bernard Lewis, ialah para ahli sains Islam menyumbang kepada pengasasan sains bereksperimen melalui sumbangan mereka kepada kaedah saintifik serta pendekatan empirik, bereksperimen dan kuantitatif  yang dibawa kepada penyelidikan, mahupun usaha mereka tidak boleh dikatakan suatu revolusi sains, seperti yang telah berlaku pada zaman awal Eropah moden yang membawa kepada kemunculan sains moden,  melainkan Kitab Optik  karya Ibn Al-Haitham yang dianggap ramai sebagai satu revolusi dalam bidang optik  dan persepsi oebgkuhatan."